GAMAT éMAS SDN BHD

Gamat éMas Sdn Bhd, sebuah syarikat 100% milik bumiputera, merupakan pengeluar produk makanan kesihatan menggunakan gamat emas. Menyasarkan perolehan sebanyak RM10 juta tahun ini menerusi konsep multilevel. Pencapaian ini seiring dengan penambahan ahlinya kepada 100,000 pada tahun depan berbanding 20,000 pada masa ini.

Mengambil inisiatif untuk menjalankan usaha sama dengan universiti tempatan dan SIRIM Berhad untuk memastikan keberkesanan pada formula dan kualiti produk.

Pada masa ini, Gamat éMas memiliki rangkaian 23 jenis produk merangkumi produk minuman, pemakanan kesihatan, penjagaan luaran dan kecantikan. 3 jenis produk lagi bakal dilancarkan setiap tahun.

Dari segi pemasaran, syarikat telah berjaya meluaskan pasarannya ke Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia. Ia juga telah mendapat permintaan yang tinggi dari Arab Saudi, Turki, Iran, India dan Yemen. Kepercayaan masyarakat melayu akan keberkesanan produk ini dapat dilihat dari sambutan masyarakat setempat dan luar.

NADI PENGGERAK GAMAT éMAS SDN BHD

Ketua pegawai eksekutif: Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri
Berkelulusan di dalam bidang perubatan dan mempunyai pengalaman di dalam perniagaan terutama pemasaran, mengusahakan klinik sendiri, pengurus bagi Syarikat Warisan Al-Qudri Enterprise serta merangkap pegawai eksekutif syarikat GAMAT éMAS SDN BHD

PEMASARAN

GAMAT éMAS SDN BHD merupakan sebuah syarikat yang menjalankan operasinya secara jualan langusng berbilang tingkat bagi pasaran Malaysia di samping mengeksport produk bagi pasaran antarabangsa melalui pelan pemasaran yang mudah difahami dan menguntungkan pihak pengguna. GAMAT éMAS SDN BHD mampu menarik minat untuk menembusi keseluruhan pasaran di samping mewujudkan jualan yang tinggi.

website: www.gamatemas.com.my

Leave a Reply