+++ Hikmah Sujud +++

"We may have received and read this again &
again, but how many of us remember what we
have read, and practise (where applicable) what
we’ve known until being reminded again?
So perhaps we can just assume this as a reminder
to ourselves…

Assalammualaikum, Sedikit pengetahuan sebagai
pengongsian.

SUJUD lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai
di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai
pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun
ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,
malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan
yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu
sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud
spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah
s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah
waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.
dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih
lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan
sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan
organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud
pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang
terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks
atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk
berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta
punggung ketika akan sujud dan bangun daripada
sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat
dan elastik, secara automatic memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah
dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita
bersalin, organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima
banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba
menerima pengepaman darah ke otak secara kuat
dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya.

- Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita
merasa rendah diri di hadapan Yang Maha
Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.

- Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan
menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang
boleh mengelakkan pening kepala dan migrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran
sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. -

- Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di
dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah
sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal
dan sempurna.


"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

Leave a Reply